Tuesday, February 12, 2013

UBAT BATUK BAYI DAN KANAK KANAK



BATUK dan Daun KETUMBIT




Rupa Pokok daun ketumbit ini juga mempunyai bunga kecil berwarna putih. Daunnya jenis memanjang dan agak tirus(yang penting ada bau herba yg kuat untuk mbezakan dgn daun yg lain...sama rupa tp lain nama) jika tak anda akn tertukar dengan pokok-pokok yang lain yang seakan-akan sama dengannya.





Tujuan saya menanam pokok daun ketumbit ini adalah untuk dijadikan ubat bagi bayi yg batuk

cara untuk menyediakan ubat daripada daun ketumbit ,

Petik beberapa helai daun ketumbit ini, cuci dan campurkan ia dengan sedikit kapur makan. Kemudian giling/upar di tapak tangan hingga keluar airnya.dan kemudian lumurkan pada bahagian perut dan bahagian belakang anak-anak yang sakit perut kecacingan. Jika anak-anak yang lelah atau batuk pula sapukan daun yang dah diupar dengan kapur makan tadi pada bahagian tekak. Ini adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mengubati penyakit. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhnya.

Bagi pasanggan muda sprti saya,mempelajari petua ubat ubatan adalah menarik...kerana tips spt ini sangat berguna...memandangkan bayi atau kanak kanak tidak di galakkan menggambil ubatan di bawah umur kerana ia berkenaan tentang anti bidy seseorang......

DIBAWAH NI BY 
http://celotehcikorkid.blogspot.com/2013/10/menghilangkan-kahak-bayi.html?m=1

1.Sediakan Kapur (yang orang makan sireh tu..) dan daun Ketumbit.


Kapur & Daun KETUMBIT

2. Campurkan beberapa helai daun Ketumbit (basahkan dengan air dulu) dan sedikit Kapur (jangan banyak, takut baby panas nanti).



Campurkan macam ni

3. Gesek-gesek sampai keluar air campuran bahan tadi.


Gesek-gesekkan


Air yang berwarna hijau ubat

4. Sapukan di bahagian leher dan dada baby.



Akif suka sangat ubat ni sampai senyum-senyum dia, nampak lesung pipit anak mama ni

5. Sapukan di bahagian belakang baby juga.



Bahagian belakang dada

Baby akan berasa sangat lega dan boleh tidur dengan nyenyak. Lendir Kahak tersebut akan dikeluarkan melalui bersin,batuk,air kencing atau berak baby.



Akif dengan MakTeh kesayangan dia



Kapok/Kekabu

`di buat bantal/pillow


pokok ini di tanam dengan bnyak oleh ibu saya...untuk membuat bantal/pillow dan tilam....sangat selesa bila di gunakan



kawasan rumah saya sering di lewati pelancong.......yg di bawa oleh pemandu pelancong.....antara tarikannya ialah pokok kapok ini....:)

jika mahu benihnya, boleh la minta saya




6 comments: